Sunday, August 23, 2009

Salam semua,

Hari ni nk citer sikit pasal property investment. Tak kira la property tu utk duduk sendiri atau untuk sewakan.Ini hanya general guideline yang boleh jadi rujukan untuk korang semua. Sebelum membeli apa-apa hartanah, sila follow guideline berikut...

1) Location & Facility

Rumah yang dibeli mestila terletak pada location yang sesuai untuk dibuat tinggal atau untuk investment. Jika boleh belilah di lokasi yang strategic, dekat dengan kemudahan awam, berdekatan dengan bandar dan sebagainya. Pemilihan lokasi amat kritikal kerana bagi seorang pelabur “return of investment” yang akan dikira dalam pelaburan tersebut. Lokasi yang baik akan menarik minat penyewa untuk membuat sewaan di kawasan yang menarik. Tiada siapa mahu membeli jika area tu x memberi pulangan yang setimpal dengan modal yang dikeluarkan.

2) Market Price

Sebelum membeli rumah, sila semak market price rumah tersebut. Perkara ini boleh dibuat dengan bertanya pada pihak valuer bank dan boleh mendapat anggaran kasar bagi hartanah yang ingin anda beli. Bukan apa, bank hanya akan meluluskan loan 90% sahaja berdasarkan valuation report tadi. Jika rumah itu, RM100k misalannya..maka loan yang akan anda perolehi ialah 90k shj.

Sebagai contoh, rumah lelong yang saya beli, harga pasaran RM 130k, harga lelongan RM 92k.. disini saya sudah dapat keuntungan atas apa yang saya beli tadi. Below market price dan good investment for rental.

Jangan tersilap langkah dengan membeli property yang overprice kerana jelas akan membebankan anda nanti.

3) Maintainance Fees

Sebelum beli rumah (condo/apartment/gated), sila check maintainance bulanan yang dikenakan berapa. Maintainance dikenakan berdasarkan keluasan property itu td. Makin besar, makinlah mahal. Pastikan juga fasiliti itu adakah diselenggara dengan baik oleh pihak management. Sebagai contoh, lif, sampah, sekuriti dan sebagainya. Jika anda puas hati dengan servis dan bayaran yang dikenakan, belilah..apa tunggu lagi.. huhu!!

4) Condition

Semasa membeli rumah, keadaan rumah mestilah diteliti dan jika boleh dalam keadaan baik. Jika ada kerosakan, pastikan anda kira budget anda sebelum membuat pembelian terhadap hartanah tersebut.

5) Lawyer Fees

Apa-apa urusniaga hartanah akan melibatkan lawyer. Pihaklawyer bertanggungjawab untuk membuat urusan tukar nama, loan documentation dan sebagainya. Ramai yang terlepas pandang mengenai lawyer fees ini, kerana pihak lawyer akan mengenakan caj bagi urusan ini. Pastikan kos untuk lawyer fee diambil kira dalam budget anda.

6) Loan

Normally, siapa yang beli rumah akan membuat loan dripada bank melainkan seseorang itu orang kaya mampu membayar rumah pakai cash. : ).

Pihak bank boleh membantu anda mengenai loan amount, rate yang terbaik, komitmen anda dan sebagainya. Dapatkan nasihat mereka, di mana mana cawangan untuk loan anda. Buat perbandingan dengan bank-bank lain untuk mendapat kadar yang paling bagus yang boleh menguntungkan anda.

7) Sewa

Bagi pelabur, kadar sewa teramat penting kerana ia menentukan Return of Investment dan cashflow beliau. Sebagai contoh,installment kepada bank ialah RM 400 dan maintainance RM100sebulan. Sewa bulanan adalah RM1000 sebulan. Wowww!! Positive cashflow RM500!!!Untung besar dah dapat di situ..rumah tersebut bukan anda yang bayar tetapi penyewa, malah dapat untung lagi….ini yang ditekankan oleh Robert Kiyosaki…using OPM (Other Peoples Money).

Ini yang dinamakan Passive Income. Income yang datang daripada hasil sewaan. Huhu!!

Ini adalah antara general guideline yang boleh anda buat sebelum membeli rumah. Saya memang galakkan orang membeli rumah kerana ia adalah asset bukan liability seperti anda beli kereta. Harga rumah akan naik sepanjang tahun dan akhirnya rumah itu akan jadi milik kita jika dibandingkan dengan anda menyewa.. : )

Dengan cara yang betul, anda boleh dapat jana pendapatan melalui pembelian hartanah. Jika ada sebarang komen/pertanyaan, silalah tanya..insyaallah jika saya boleh tolong…saya akan bantu.

Saturday, August 22, 2009

Alhamdulillah..sudah ada blog sendiri... : ) Ni sebab kena racun ngan kengkawan le ni...huhuhu!!...intro sikit..nama aku Syamoi..umur 28thn...target aku untuk achieve financial freedom before umur aku 35 thn...

currently, my plan untuk achieve target tu ialah involve ngan property investment...setakat ni alhamdulillah...dah nampak good cashflow yang sedikit sebanyak dah reduce aku nyer commitment skang ni....hopefully ngansedikit pengetahuan yang ada..boleh aku bantu dengan rakan-rakan yang lain...

jika ada kekurangan, salah dan silap...aku mintak maaf sebab ni first time aku buat blog ni...kalo ada apa2 komen...berilah...yang baik datang daripaa Allah, yang buruk semuanya datang daripada saya...Aminnnn.

;;